Ucapandoa selamat hari lahir jawi dan rumi wirid dan doa. Doa Selamat Hari Jadi Rumi : Doa Dipermudahkan Bersalin Bantuan Rumi Aku Muslim. Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmatmu, . Ucapan selamat ulang tahun islami memang menjadi suatu hal atau pelengkap dalam.
Artikelini akan membincangkan doa untuk dipermudahkan ketika bersalin dengan bantuan teks arab . Surah untuk bayi dalam kandungan dan ibu bersalin dalam rumi. Cara cepatkan bukaan rahim agar mudah bersalin. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan doa mudah bersalin rumi dan doa mudah bersalin normal surah maryam . Surah al anbiya ayat 79.
Doapilihan umum doa mudah bersalin normal, bayi sihat dan doa dipermudahkan bersalin Bacalah doa ini supaya allah permudahkan kita untuk faham ilmu itu. Disini saya sertakan beberapa ayat ayat al quran dan hadis hadis nabi berkaitan sifat amanah yang 2021 · ada banyak cara berhenti merokok secara permanen.
Vay Tiền Nhanh Chỉ Cần Cmnd. 0012 Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Doa ketika melahirkan anak memang patut para ibu tahu untuk tenangkan hati dan lebih bersedia dalam menghadapi saat-saat ketika sedang ingin bersalin. Tidak kiralah bersalin secara normal mahupun czer, si ibu memang patut ada doa untuk di baca ketika ingin melahirkan anak. Jika tak boleh dalam bentuk ayat, boleh saja di baca dalam rumi. Malah daku sendiri selalu amalkan doa mudah bersalin normal dalam rumi ketika sedang mengalami detik bersalin. Tak dinafikan ada doa yang mudah dan ada doa yang panjang dan agak susah untuk di hafal. Antara doa-doa ini ada yang telah di baca oleh para Nabi dan diturunkan dalam Al-Qur'an. Dengan adanya doa ibu akan merasa lebih tenang ketika proses bersalin dan segalanya juga akan terasa lebih mudah, InshaAllah. Jika di tanya apakah doa mudah bersalin untuk ibu itu? Di sini akan dikongsikan beberapa himpunan doa mudah bersalin untuk diamalkan. Ohya surah pilihan ketika mengandung juga boleh diamalkan sebagai amalan doa mudah bersalin. Di harap dengan adanya himpunan doa mudah bersalin ini para ibu akan rasa lebih tenang dan bersedia. Antara Surah Yang Bagus Sebagai Doa Mudah Bersalin Ketika Melahirkan Anak Untuk Para Ibu Amalkan adalah..... Surah Al-Fatihah - Terang hati & kuat ingatan. Surah Yusuf - Memperolehi anak cantik rupa & berakhlak mulia Surah Luqman - Memperoleh anak pintar akal & cerdik jiwa Surah Maryam - Memudahkan proses kelahiran & memperolehi anak yang sabar serta taat kepada ibu bapa Surah al-Hujurat - Membantu pengeluaran susu ibu & anak bersifat berhati-hati Surah At-Taubah - Membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat Surah Yaasin - Menenangkan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat Surah Surah An-Nahl - Melahirkan anak yang berdisiplin Surah al-Imran 38 Surah al-Imran ayat 8-9 Surah Ibrahim ayat 40 Surah al-Baqarah ayat 128 Al-Quran // Surah Al-Fatihah,Lukman,Al-Hujrat,At-taubah,Maryam,Yusuf,Yasin,An-Nahl Ibu juga boleh biasakan diri dengan mendengar surah-surah ini sejak dari awal kandungan. Selain daripada bacaan surah-surah untuk doa mudah bersalin tadi, para ibu juga boleh amalkan bacaan zikir sebagai doa mudah bersalin. Tak kisah nak baca dalam jawi ataupun rumi. Ibu boleh amalkan sejak dari awal kandungan hingga saat ingin melahirkan dan manalah tahu asbab dari amalan ini semuanya akan berjalan dengan baik di sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. Tak kisahlah sama ada bersalin secara normal ataupun ceaser pembedahan. Doa & Zikir Cepat Bersalin Dalam Jawi & Rumi Untuk Ibu Amalkan Antara Doa dan zikir yang bagus diamalkan untuk doa mudah bersalin dalam proses kelahiran adalah seperti 1. DOA DARI SURAH MARYAM AYAT 26 فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah Ar-Rahman; setelah aku menyatakan yang demikian maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. 2. DOA NABI ZAKARIA DARI SURAH ALI IMRAN AYAT 38 هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar menerima doa permohonan”. 3. DOA DARI SURAH FAATIR AYAT 11 وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan lelaki dan perempuan. Dan tiada mengandung seseorang perempuan juga seekor betina, dan tidak pula satu-satunya melahirkan anak yang dikandungnya melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. 4. Surah Al-Anbiya' AYAT 87-89LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN "Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin. Maksudnya "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang" Zikir Ibu Mudah Bersalin Doa Nabi Yunus 500 Kali Doa Mudah Bersalin Paling Senang Ingat & Baca Untuk Si Ibu dan Suami Dalam banyak-banyak doa di atas, daku amalkan doa di bawah ini semasa sedang mengalami saat untuk melahirkan anak. Pada mulanya boleh baca dalam jawi tetapi dek kerana sakit yang semakin berat maka akhirnya daku hanya baca dalam rumi. Para suami juga boleh baca doa mudah bersalin ini untuk isteri agar segalanya berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir demi keselamatan anak isteri tersayang. Doa tersebut adalah ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخيAllahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir “Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan” Doa mudah bersalin ini juga boleh diamalkan sebagai doa cepatkan bukaan jalan bersalin. Selalunya doa-doa ini diamalkan sebagai doa mudah bersalin secara normal tetapi jika kebetulan bersalin czer, boleh saja diamalkan juga doa yang serupa. Yang penting tujuan doa ini di baca adalah untuk memohon supaya Allah SWT permudahkan segalanya dan supaya si ibu juga boleh berada dalam keadaan tenang. Ameen.
Apakah doa untuk kaum Hawa mudah bersalin? Artikel ini akan membincangkan doa untuk mudah bersalin dengan bantuan teks arab dan rumi bagi memudahkan pembaca. Duhai wanita yang bergelar ibu, sungguh pengorbanan yang kalian lakukan untuk melahirkan seorang umat manusia ke dunia ini sangat besar. Ketahuilah anda andalah insan-insan yang terpilih untuk merasai pengalaman seperti ini. Sungguh pun kaum Adam di kenali dengan kegagahannya dari segi fizikal lalu kaum Hawa di kenali pula dengan kelembutan peribadinya. Namun pernahkah anda terfikir, mengapa Allah SWT memberikan peluang dan rezeki untuk kaum Hawa yang melalui proses mengandung, melahirkan, menyusu, dan membesarkan anak-anak. Jawabnya kerana kaum Hawa anda sangat istimewa. Allah Maha Mengetahui yang anda mampu memikul tannggungjawab tersebut. Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus saat dia berada di dalam perut ikan yu ini menjadi pengubat kepada kesakitan dan kegelisahan hatinya. Doa ini juga sangat sesuai di amalkan dalam kehidupan seharian termasuk untuk melancarkan wanita bersalin. Doa mudah bersalin dalam teks Arab Maksudnya “Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Surah Al-Anbiya’ Ayat 87. Doa-doa mudah bersalin yang lain 1. Ayat 38, Surah Ali Imran Maksudnya Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. 2. Ayat 11, Surah Fatiir Maksudnya Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan laki-laki dan perempuan. Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan sudah ditetapkan dalam Kitab Lauh Mahfuzh. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. 3. Ayat 26, Surah Maryam 4. Ayat 8, Surah ar-Ra’d 5. Ayat 78, Surah an-Nahl 6. Ayat 87, Surah Anbiya 7. Ayat 1-2, Surah Al-Zalzalah Rahsia di sebalik Doa Nabi Yunus Doa Nabi Yunus mudah untuk di sebut dan mudah untuk di hafal. Tetapi apakah rahsia yang tersembunyi di dalam doa ini? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelamatkan seseorang daripada musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan yu? Rahsia 1 Kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Sebesar-besar pertolongan manusia lain kepada anda, akan sampai pada satu tahap tiada kuasa yang boleh membantu anda lagi kecuali kuasa dari Allah SWT. Penghambaan, pengharapan dan sandaran hanya di letakkan pada Yang Maha Esa. Contohnya di dalam bilik bersalin nanti, ibu-ibu walaupun ditemani oleh jururawat, para doktor dan mungkin juga ada suaminya di situ tetapi yang menjadi penguat kepada rohani dan fizikalnya adalah dengan kekuatan Allah SWT. Tuhan yang memegang nyawa-nyawa manusia dan yang memberikan rezeki kepada semua makhluk-Nya pada jalan-jalan yang tidak terduga. Rahsia 2 Mensucikan Allah SWT dari sebarang bentuk kezaliman Maksudnya di sini adalah apabila datang ujian dari Allah SWT kepada hamba-hamba Nya, hambanya itu tidak sesekali akan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan dengan memarahi atau mengeji keagungan Yang Maha Esa. Redha, ikhlas dan terus sabar dalam menghadapinya. Manusia kadang-kala terlepas berbicara apabila terlalu berat dirasakan ujian yang terletak pada bahunya, dia merasakan Allah tidak adil padanya atau tidak sayang padanya. Ibu-ibu di luar sana, anda masuk di dalam bilik bersalin sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda 100% kepada Allah SWT. Bayi yang dalam kandungan juga sama nyawanya tetap dipegang oleh Allah SWT. Apa-apa yang berlaku kepada anda kelak, tetaplah percaya yang Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya sendiri. Rahsia 3 Menunjukkan manusia adalah makluk yang lemah dan tidak lekang dalam melakukan dosa Nabi Yunus semasa berdoa, dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya dia mengakui kesalahan dirinya sendiri dengan berkata, “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Kerendahan jiwa inilah yang perlu ada dalam diri setiap insan. Manusia makhluk yang lemah dan banyak berbuat dosa di muka bumi ini. Lalu dengan apa lagi yang boleh menyombongkan anda dari meminta ampunan Allah SWT? Muhasabah kesakitan bersalin “Wanita menjadi tulang belakang seorang lelaki.” Sejauh mana anda setuju dan faham kenyataan ini? Cuba anda bayangkan, di mana Islam boleh menghimpunkan tenaga pahlawan yang boleh berjuang di jalan Islam jika dia tiada generasi-generasi muda yang baru. Manusia akan melalui fasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua dan kemudian meninggal dunia. Ada juga yang meninggal sebelum melalui fasa warga emas atau sebagainya. Jadi di sini menunjukkan bahawa umur manusia sangatlah pendek untuk terus kekal hidup di dunia. Islam memerlukan penerus kepada pembela agama. Insan mana yang boleh menjadi tulang belakang ini? Sudah tentu adalah seorang ibu. Kaum Hawa anda terlalu istimewa. Kelebihan bersalin dari segi Islam 1. Meningkatkan martabat wanita Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya, di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud “Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”. Surah Al-Ahqaf ayat 15 2. Meninggal sebagai mati syahid Wanita yang bersalin memperjuangkan hidup dan matinya di tangan Allah. Boleh jadi dia selamat dan boleh menatap wajah suami dan anaknya kembali. Atau boleh jadi juga dia terlebih dahulu meninggal dunia. Syuhada’ orang-orang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” HR. Malik 16/558, Abu Dawud 20/3105, An-Nasai 21/1847, juga Ibnu Majah 24/2909 3. Pahala yang terus mengalir Kepayahan, kesusahan, dan kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu ketika mengandung selama 9 bulan 10 hari telah membataskan segala aktiviti hariannya. Resahnya saat tidur, mual dan peningnya saat di awal kehamilan, kaki yang semakin lemah untuk berjalan dan perubahan yang sangat ketara dalam aktiviti fizikal menjadikan pengorbanan seorang ibu itu tiada perbandingan yang boleh disama ratakan lagi. Segala bentuk kepayahan ini akan menjadi lading-ladang pahala kepada ibu apabila dia ikhlas menjalankannya. 4. Melahirkan generasi Islam yang makmur Apabila berkahwinnya seseorang maka lahirlah umat manusia di muka bumi ini. Anak yang keluar dari rahim seorang wanita yang beragama Islam akan meramaikan lagi umat Islam dalam memakmurkan dunia. Cara menguruskan emosi ketika menghadapi saat bersalin Memperbanyakkan meminta perlindungan daripada Allah SWT Berlapang hati dan memaafkan semua orang Sentiasa menyebut nama-Nya Perbanyakkan diri untuk bertaubat Di harapkan artikel doa dipermudahkan bersalin ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada semua terutamanya kepada ibu-ibu yang saat ini sedang menunggu hari untuk melahirkan. Semoga tips dan doa yang di senaraikan dapat membantu anda membuat persediaan yang rapi dalam meniti hari-hari sebelum kelahiran si kecil. Ibu dan ayah sentiasalah berganding bahu dengan kudrat dan tanggungjawab dalam memikul amanah membesarkan generasi Muslim yang dapat memakmurkan dunia suatu hari nanti. Lelah kalian saat ini akan menjadi pengukur kepada penerus dan pentadbir agama Islam pada masa akan datang. Bacaan Doa yang lain Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun TidurDoa Qunut NazilahDoa Naik KenderaanDoa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak PenyakitDoa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka PuasaDoa Meminta JodohDoa Kepada IbubapaDoa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat CerminDoa Ketika HujanDoa Hilangkan GemuruhDoa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi AyubDoa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu DardaDoa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
10 Doa Dipermudahkan Segala Urusan Yang Boleh Kita Amalkan Doa dipermudahkan urusan elok untuk diamalkan bagi menangani apa jua masalah dan keadaan. Biasalah, sudah namapun manusia maka mana boleh terlepas dari sebarang ujian dari Allah SWT. Ada banyak bacaan doa dipermudahkan urusan yang boleh diamalkan supaya Allah permudahkan urusan kita. Ada doa yang panjang dan ada juga doa yang pendek. Doa ini boleh juga kita baca selalu sebagai zikir permudahkan urusan. Firman Allah swt, أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ Maksudnya, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” Surah al-Ankabut, Ayat 2 Doa Dipermudahkan Urusan, Boleh Baca Untuk Pelbagai Urusan Baik Sesungguhnya, doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana itu kita digalakkan untuk baca doa dimudahkan urusan ini dalam keadaan susah mahupun senang. Jika dalam keadaan susah boleh berdoa semoga Allah SWT permudahkan urusan dan di kala senang pula boleh berdoa sebagai tanda kesyukuran kerana Allah SWT telah permudahkan segala urusan yanga ada. Walaupun ada banyak doa permudahkan urusan, semua doa permudah urusan ini boleh saja digunakan dalam apa jua keadaan. Terpulanglah nak amalkan doa yang mana. Yang penting, ketika berdoa untuk dipermudahkan urusan ini, doa tersebut hendaklah di baca dengan penuh rasa ikhlas dan bersungguh-sungguh di dalam hati. Bacalah dengan lidah dan yakinlah dengan hati. Di sini adakan dikongsikan 10 doa dipermudahkan urusan yang boleh kita amalkan. Doa-doa yang akan dikongsikan di bawah ini boleh juga digunakan dalam pelbagai tujuan urusan sebagai doa dipermudahkan segala urusan dan rezeki dao dipermudahkan segala urusan dan hajat doa dipermudahkan urusan dan kesihatan doa dipermudahkan urusan orang sakit doa dipermudahkan urusan bersalin doa dipermudahkan urusan pembedahan doa dipermudahkan urusan belajar doa dipermudahkan urusan peperiksaan doa dipermudahkan urusan sahabat dan sebagainya 10 Himpunan Doa Dipermudahkan Segala Urusan Untuk Kita Amalkan 1 Surat Al-Kahfi, Ayat 10 Doa Ashabul Khafi رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” 2 Surat Taha, Ayat 25-28 Doa Nabi Musa AS رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.” 3 Surat Al-Baqarah, Ayat 286 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ Maksudnya, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” 4 Surat Al-Anbiya, Ayat 87 Doa Nabi Yunus لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ Maksudnya, “…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” 5 Surat Al-Baqarah, Ayat 255 Ayat Kursi اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya; tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” 6 Surat Al-A’raf, Ayat 89 رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ Maksudnya, “…Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq adil. Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” 7 Surat At-Tahrim, Ayat 8 رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya, “…Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 8 Surat Al-Insyirah, Ayat 5-6 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Maksudnya, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 9 Hadis Riwayat Ibnu Hibban Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda, اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya, “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan kesulitan, jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.” 10 Hadis Riwayat Muslim اَللَّـهُـَّم أَصْلِحْ لِي دِينِي الّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ Maksudnya, “Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku. Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan.” 4 Doa Dipermudahkan Urusan Dalam Rumi 1 - "Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan" 2 - “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan kesulitan, jika engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah” 3 - “Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka bisa mengerti perkataanku” 4 - “Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisimu, dan sempurnakanlah bagi kam petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini” Zikir Untuk Dipermudahkan Urusan Terdapat juga zikir dipermudahkan urusan yang boleh diamalkan. Antara zikir tersebut adalah Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil aliyyil adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” Hari Selasa baca “Allaahuma shalli alaa sayyidina Muhammad wa alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.” Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”. Hari Khamis baca “Subhaanallahil aliyyil adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.” Hari Jumaat baca “Ya Allah “ Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.” Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri. Sebagai seorang muslim kita kena yakin akan pertolongan dari Allah SWT. Jika kita ingat padaNya, InshaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Seelok-eloknya doalah dengan penuh rasa rendah diri dengan disertakan rasa kesungguhan serta keikhlasan ketika mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan berdoalah pada bila-bila masa yang dikehendaki. Itulah serba sedikit perkongsikan mengenai doa dipermudahkan urusan apabila menghadapi masalah. Semoga ianya dapat membantu memudahkan urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, aamiin. Credits info bermanfaat dengan mudah di telegramJemput join Sis Hawa Dot Com Info Ibu Hamil Info Resepi
doa dipermudahkan bersalin rumi